Trivia Uchiha Uchiha

  • Uchiha merupakan salah satu cara untuk menyebut "uchiwa" (団扇, Kipas Kertas), yang menjadi simbol atau lambang kepada klan Uchiha. Kipas boleh digunakan untuk memarakkan api agar lebih panas - sekali gus merujuk kepada klan Uchiha yang mahir menggunakan jutsu berasaskan elemen api.
  • Ketiga-tiga ahli klan Uchiha yang terselamat daripada insiden "Pembunuhan Beramai-ramai Klan Uchiha" kemudiannya telah menyertai organisasi gelap bernama Akatsuki.
  • Ketiga-tiga mereka juga diketahui telah memperolehi Mangekyō Sharingan dan "mempunyai" adik atau abang yang juga memiliki Mangekyō Sharingan.
  • Menurut Buku Data Naruto Ketiga, Musang Syaitan Berekor Sembilan atau "Kyubi" adalah satu-satunya pihak yang mengetahui rahsia klan Uchiha dan Naruto. Bagaimana pun, ia tidak mempunyai niat untuk memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa.
  • Pada permulaan siri manga, Kakashi pernah menyatakan bahawa klan Uchiha berkemungkinan berasal daripada Klan Hyuga. Namun, semua itu terjawab apabila kisah mengenai Pendeta Enam Haluan oleh Madara mengaitkan bahawa nenek moyang Uchiha merupakan salah seorang daripada dua orang lelaki yang telah dipilih oleh "Pendeta Enam Haluan" sebagai bakal pewaris dan mendapat kuasa daripadanya. Namun begitu, hubung kait di antara kedua-dua klan Uchiha dan Hyuga masih adalah misteri.
  • Menurut cerita daripada Madara, ahli klan Uchiha terikat dengan nasib untuk membalas dendam kepada musuh ketat mereka iaitu Klan Senju dan seluruh penduduk Konohagakure. Hanya Itachi dianggap berkecuali dalam hal ini.
  • Klan Uchiha mempunyai lokasi rahsia yang digunakan untuk mesyuarat rahsia mereka di Makam Naka.